Oleh: ZIN MAHMUD
Sumber: Mingguan Malaysia 26 November 2006
Selasa lalu, Menteri Luar Syria, Walid Moallem yang berada di Baghdad menandatangani perjanjian memulihkan hubungan diplomatik antara negaranya de ngan Iraq setelah terputus selama 24 tahun. Ia ditandatangani juga oleh Menteri Luar Iraq, Hosyar Zebari.
Dari segi politik, peristiwa ini mengejutkan kerana Iraq masih berada di bawah penguasaan AS, negara yang menjadi musuh ketat Syria.
Dari segi sejarah, ia mempunyai makna besar kerana pada zaman silam, Syria dan Iraq merupakan wilayah yang dikenali sebagai Syam.
Dalam sirah Rasulullah s.a.w., antara nama wilayah yang sering disebut dan dianggap penting ialah Syam. Wilayah ini terkenal sebagai tempat di mana kaum Quraisy berniaga, termasuk Rasulullah.
Episod ini penting kerana dalam kunjungan pertama ke Syam, baginda yang berusia 12 tahun mula terdedah tentang tamadun dan sejarah konflik geopolitik antara Rom Bizantium dengan Parsi yang diperoleh melalui perbualan daripada saudagar-saudagar lain yang ikut serta kabilah.
Tetapi kemuncak perjalanan itu adalah pertemuan dengan paderi Nasrani, Bahira di Basrah. Bahira yang merupakan seorang cendekiawan mahir dalam kitab-kitab lama menemui Abu Talib untuk memberitahu mengenai kenabian Rasulullah dan kesannya kepada orang Yahudi.
Perjalanan kedua baginda ke Syam adalah sebagai peniaga untuk Saidatina Khadijah. Perniagaan baginda berjaya tetapi lebih daripada itu, Rasulullah menambahkan ilmu pengetahuannya mengenai agama penduduk Syam yang terdiri daripada pelbagai mazhab Nasrani dan Yahudi. Ketika itu Syam adalah sebahagian daripada empayar Rom dan menjadi rebutan dengan Parsi.
Selepas kemangkatan Rasulullah, Syam berada di bawah pemerintahan Islam dengan Sayidina Muawiyah menjadi gabenor berpusat di Damsyik, dahulunya merupakan kota Rom.
Semasa pemerintahan Khalifah Ali Abu Talib, berlaku pertembungan dengan Muwaiyah. Bermulalah perbalahan yang kesannya hari ini adalah pertembungan antara Syiah dan Sunnah waljamaah.
Di peringkat awal, Muawiyah berjaya menyandang jawatan khalifah apabila Sayidina Ali dibunuh oleh golongan yang kecewa dengan perbalahan kedua-dua belah pihak iaitu Muawiyah dan Ali. Tetapi mereka hanya berjaya membunuh Ali, dan tidak Muawiyah.
Khalifah Muawiyah mengubah karakter Islam daripada sebuah gerakan golongan tertindas berpusat di Madinah kepada negara imperial dengan Damsyek sebagai kota empayar dengan bermulanya Khilafah Umayyah.
Sudah tentu mereka yang menentang cara Muawiyah ini menyebelah golongan yang berpendapat bahawa pengganti Sayidina Ali seharusnya keturunannya, iaitu puteranya, Sayidina Hassan. Golongan ini dipanggil Syiah Ali atau parti Ali, dan bermulanya gerakan ini.
Apabila muncul gerakan Abasiah, golongan Syiah menyokong mereka untuk menjatuhkan Umayyah. Akhirnya mereka berjaya dan ibu negara khilafah dipindahkan ke kota baru, Baghdad.
Ternyata Damsyik dan Baghdad muncul sebagai mercu tanda kota dalam tamadun Islam.
Dalam zaman moden ini, negeri Syam sudah tidak ada lagi. Yang ada di tapaknya ialah Syria dan Iraq di mana Damsyik dan Baghdad menjadi ibu kota bagi kedua-dua negara itu.
Syria dan Iraq adalah wilayah khilafah Uthmaniah yang kemudian masing-masing menjadi tanah jajahan Perancis dan Britain.
Ia kemudian mencapai kemerdekaan dan diperintah oleh raja. Tetapi tentera-tentera kedua-dua negara ini terpengaruh dengan ideologi Baath yang diasaskan oleh seorang Syria Kristian, Michel Aflaq.
Golongan ini merampas kuasa dengan kemudiannya muncul Hafez Assad sebagai presiden Syria dan Saddam Hussein, presiden Iraq. Hafez adalah bermazhabkan Alawiyah, salah sebuah aliran Syiah sedangkan Saddam bermazhabkan Sunnah waljamaah.
Ironi sejarah ialah Damsyik yang merupakan kota Muawiyah kini menjadi ibu negara Hafez, seorang Syiah Alawiah. Sementara Baghdad, ibu negara Abasiah yang gerakannya memberi tempat kepada Syiah menjadi ibu kota Saddam.
Walaupun kedua-dua Syria dan Iraq berideologikan Baathisme pada tahun 80-an, tetapi kedua-duanya bermusuhan. Malah pengasas Baathisme, Aflaq yang menentang Hafez lari ke Baghdad.
Bagi menentang Hafez, Saddam dikatakan memberi sokongan kepada Ikhwanul Muslimin Syria, sebuah gerakan Islam fundamentalis yang cuba bangkit untuk mendapatkan kuasa dan menubuhkan negara Islam Syria.
Kebangkitan Ikhwan ini tumpas dengan Damsyik membunuh beramai-ramai di markas gerakan Islam di Hama. Ekoran itu, Hafez memutuskan hubungan dengan Saddam pada tahun 1982.
Perkembangan selanjutnya lebih sengit apabila Iraq melancarkan serangan ke atas Iran dan meletus Perang Iran-Iraq. Ketika keseluruhan dunia Arab menyebelahi Saddam, Syria pula memihak kepada Teheran.
Hubungan Damsyik-Baghdad terus tidak selesa ketika mana pakatan antara Damsyik-Teheran bertambah rapat dengan Syria membenarkan Iran membantu Hizbullah bertapak di Lebanon yang dikuasainya.
Ketika Iraq mula diserang AS, Saddam berusaha untuk berbaik-baik dengan Syria dengan dikatakan banyak pemimpin Baghdad lari dan mendapat perlindungan di Syria.
Tetapi hubungan antara Iraq dan Syria tidak dapat dipulihkan apabila AS bertapak di situ lebih-lebih lagi apabila Washington sedang bermusuhan dengan Damsyik.
Apa yang wajar dilihat setelah kejatuhan Saddam pada tahun 2003, adalah Iraq yang dikuasai AS merupakan sekutu ke pada negara-negara pro-AS yang lain termasuk Israel.
Maknanya, dari kaca mata Washington, Iraq akan menyertai Jordan, Arab Saudi, Turki dan Mesir dan negara-negara Teluk Parsi yang lain, bersama Israel merupakan sahabat kuasa besar itu.
Sedangkan di pihak yang menentang AS ialah Iran, Syria, Hizbullah di Lebanon dan Hamas di Palestin.
Bagaimanapun, Iraq mempunyai kedudukan istimewa. Pihak yang menjadi sekutu AS di Iraq ialah pihak Syiah yang mempunyai hubungan baik dengan Iran dan Syria.
Buat masa ini, kejahatan Iran pada kaca mata AS ialah program nuklear republik Islam itu, berserta sokongan moral dan material negara itu kepada Hizbullah. Se mentara kejahatan Syria pula adalah pengaruh Damsyik ke atas Beirut, berserta menjadi landasan kepada pejuang Arab yang memasuki Iraq.
Syria yang walaupun dipimpin oleh elit Syiah Alawiah tetap majoriti penduduknya adalah Sunni, pastinya lebih simpati kepada Arab Sunni di Iraq. Sementara Iran, kerajaan dan rakyat adalah bersama Syiah di Baghdad.
Pemulihan hubungan diplomatik antara Syria dan Iraq juga dapat dikaitkan oleh persiapan kerajaan Baghdad untuk menghadapi keadaan pengunduran tentera AS dan sekutunya.
Kekalahan Parti Republikan dalam pilihan raya Kongres AS membuka jalan bagi pengunduran tentera AS dari Iraq. Pengaruh Iran sudah hampir pasti mengukuh, dan untuk itu imbangan perlu dicari, dan ia datang dalam bentuk Syria.
Walaupun Syria dan Iran adalah sekutu tetapi mereka mempunyai karakter berbeza yang memungkinkan pewujudan perimbangan kuasa di Iraq, lebih-lebih lagi Damsyik adalah kuasa Arab, sementara Teheran adalah Parsi.
Liga Arab sendiri membuat usul menggesa Syria dan Iraq memulihkan hubungan diplomatik. Bagi mereka yang memberi perihatian kepada soal Arab tentu mahu peranan Syria dalam politik Baghdad. Damsyik boleh memainkan peranan melindungi Arab Sunni, berserta meredakan serangan keganasan daripada kumpulan-kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.
Bagi menegaskan perimbangan antara Syria dan Iraq, Presiden Jalal Talabani pula mengadakan rundingan dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad kelmarin.
Laporan awal menyatakan Presiden Syria, Bashar al-Assad juga mengadakan pertemuan dengan Mahmoud. Malah pertemuan tiga presiden Syria-Iraq-Iran mampu membuka implikasi politik baru Asia Barat.
Hubungan baik Syria dan Iraq mengingatkan pemerhati sejarah mengenai wilayah Syam yang terdiri daripada kedua-dua negara itu.
Tetapi ketika pemerintahan Khalifah Umayyah di Damsyik dan Abasiah di Baghdad, pemerintahan mereka bukan sekadar meliputi negara Syria dan Iraq se karang, tetapi juga meliputi hingga ke wilayah yang pada masa ini merupakan negara Lebanon, Israel, Palestin, Jordan dan Mesir di sebelah Barat, tetapi juga Iran di sebelah timur.
Pelajaran daripada pengalaman Majlis Perbandaran Klang
Oleh: Zin Mahmud (WARTAWAN UTUSAN)
Sumber: Utusan Malaysia 25 November 2006
KETIKA merenung gambar gerai DZ Satay House di Pandamaran, Selangor yang dirobohkan tiba-tiba muncul perasaan sayang kepada negara.
Berbangga rasanya menjadi rakyat Malaysia kerana walaupun negara ini diletakkan pada tangga 81 Indeks Demokrasi yang disediakan oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU) berpusat di London, tetapi Malaysia masih merupakan negara yang mampu beroperasi menurut lunas-lunas kesedaran etika.
Tanpa kesedaran etika, mungkin gerai itu terus wujud dan mereka yang berasa perkara itu salah hanya mampu mengeluh kerana tidak dapat mengubah keadaan.
Memang banyak perkara yang tidak betul berlaku di merata-rata tempat. Untuk memperbetulkan sesuatu perkara, ia memerlukan bukan saja kesungguhan dan keberanian tetapi kerjasama daripada pelbagai pihak.
Banyak pihak yang menyatakan pembetulan yang berlaku di Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu tidak mungkin terjadi jika media tidak berperanan.
Tetapi kalau media saja yang berperanan sedangkan banyak pihak berdegil, malah berusaha melawan media itu kembali, maka perubahan tidak akan berlaku.
Asasnya ialah kesedaran etika di kalangan masyarakat. Hakikatnya kesedaran etika itu wujud. Sebab itu, apabila isu ini mula timbul, umumnya masyarakat menerima dan mengaku kesalahan yang berlaku.
Malah banyak pihak, termasuk dalam kerajaan sendiri yang memberi kerjasama dengan media hingga pembetulan dapat dilakukan.
Bayangkan kalau pihak-pihak itu tidak memberi kerjasama, media pun tidak dapat mendatangkan kesan. Ia seolah-olah seperti anjing menyalak bukit.
Justeru, sebarang kejayaan bagi membetulkan perkara-perkara salah tidak terletak semata-mata kepada media, tetapi merupakan kejayaan bersama rakyat.
Akhbar hanya mencerminkan hati budi rakyat. Kuasa sebenar adalah pada rakyat. Kerajaan pula merupakan individu-individu yang diberi kuasa melalui proses dan prosedur dalam jentera pentadbiran.
Dalam hal kes di Klang itu, bukan saja berlaku pembabitan rakyat, tetapi juga adanya pengaruh daripada istana. Tentunya ia mendatangkan perbezaan.
Dalam membetulkan keadaan yang salah, penyelesaian di Klang itu tidaklah mudah. Terdapat banyak halangan. Daripada pihak parti umpamanya yang berasa mereka tidak dihormati.
Begitu juga timbul dimensi perkauman. Bagaimanapun, kesalahan tidak mengenal parti atau kaum. Mana-mana individu dari apa-apa parti dan kaum tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Semua pasti setuju bahawa tidak ada parti yang maksum, begitu juga dengan kaum.
Jadi, tidak timbul bagi mana-mana pihak untuk membela sesuatu golongan hanya kerana parti atau kaum. Kesedaran etika menyatakan bahawa korupsi, kronisme, kolusi dan nepotisme tetap tidak wajar diamalkan. Walaupun cuba dijustifikasi, tetapi nun jauh di sudut hati mereka yang sedar terhadap etika akan menyatakan bahawa ia tetap salah.
Contohnya kalau prosedur dan peraturan membenarkan sesuatu perbuatan yang jelas melanggar etika, maka ia tetap dipandang serong.
Tentulah tidak patut kalau suami isteri, anak beranak dan adik-beradik duduk dalam suatu mesyuarat bagi menentukan perkara-perkara awam.
Hakikatnya ialah wang awam sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan, ia adalah milik orang awam. Mereka yang bertanggungjawab menentukan nasib sesuatu dana hanyalah membuat keputusan untuk kepentingan awam dan adalah atas asas amanah.
Asasnya ialah apabila seseorang menyertai sesebuah parti politik, ia adalah kerana prinsip perjuangan untuk kebaikan negara dan rakyat. Tetapi umum mengetahui bahawa banyak orang yang tidak bersifat demikian.
Maka itulah perlunya mereka sentiasa diingatkan oleh rakyat, dengan media sebagai jurubicara rakyat. Tapi tanpa kerjasama rakyat, media juga tidak dapat berperanan.
Perkataan rakyat di sini membawa erti yang luas. Ia termasuk juga kakitangan kerajaan yang selain daripada bekerja rajin dan amanah juga perlu memiliki kesedaran etika.
Apa yang berlaku di MPK wajar menjadi iktibar bagi rakyat negara ini, bukan saja bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata.
Warga majlis tempatan patut aktif mempertahankan hak mereka sebagai pemilik bersama kawasan tempat mereka hidup dan bekerja. Apa saja yang berlaku di kawasan kediaman mereka hanya mencerminkan diri mereka.
Orang ramai tidak wajar putus asa untuk memperbaiki keadaan. Sebarang pendedahan dan kemudian langkah memperbaiki keadaan hanyalah menunjukkan bahawa negara ini mampu untuk terus maju dan menyediakan kehidupan lebih baik dan beretika bagi generasi akan datang.

Pencorak wajah negara
Oleh: ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)
Sumber: Utusan Malaysia 20 November 2006
Kepelbagaian aktiviti Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari sepanjang hidupnya daripada 29 Januari 1923 hingga semalam, sukar untuk menamakan bidang mana yang beliau banyak tumpukan sumbangannya.
Tetapi yang pasti, beliau adalah satu-satunya tokoh yang namanya diabadikan sekurang-kurangnya di lapan sekolah di seluruh negara.
Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Prai (Pulau Pinang), Kampung Melayu Majidee (Johor), Sungai Petani (Kedah), Sabak Bernam (Selangor) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Sungai Petani (Kedah), Tanjung Malim (Perak), Beranang (Selangor) dan Bagan Datoh (Perak).
Di samping sebagai seorang ahli politik yang turut serta dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, Allahyarham juga adalah menteri pelajaran yang mengasaskan hala tuju awal pendidikan negara. Beliau mengakhiri perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Duta Besar Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1973.
Allahyarham juga terkenal sebagai ahli korporat yang aktif dan juga memimpin badan sukan meliputi badminton, sepak takraw dan tenis.
Pernah dinobatkan sebagai Bapa Sepak Takraw semasa Kejohanan Sepak Takraw MASUtusan-RTM pada tahun 1987. Sementara pialanya dinamakan Piala Emas Khir Johari.
Tetapi namanya juga terkenal sebagi seorang yang terkedepan dalam memimpin badan-badan berhubung kehidupan liar, perkara ini ternyata dengan Allahyarham pernah menjawat Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia dan pengasas bersama serta presiden pergerakan pemeliharaan hidupan liar, WWF Malaysia.
Dalam pada itu, Allahyarham juga adalah pengasas akhbar Watan yang mula diterbitkannya pada tahun 1976 sebagai akhbar dwibahasa.
Daripada segala aktiviti sepanjang 83 tahun, apa yang dapat dirumuskan bukannya sekadar kecergasan dan minatnya yang pelbagai itu. Lebih daripada itu ialah satu mentaliti yang beliau mahu wujudkan di Malaysia iaitu keterbukaan, keluasan fikiran, kepelbagaian, kebebasan, kemodenan, keharmonian, kemanusiaan dan kesejagatan yang Allahyarham mahu terapkan dalam kefahaman mengenai kemerdekaan negara.
Perspektif demikianlah yang beliau cuba bawa sepanjang menjadi menteri dari tahun 1957 hingga 1973 meliputi portfolio pelajaran, perdagangan dan perindustrian serta pertanian dan koperasi.
Dengan aliran yang dianggap pro-Barat, beliau menjadi penyokong kuat dasar-dasar Tunku Abdul Rahman dan sebaliknya menjadi sasaran kritikan daripada golongan kiri, agama dan juga nasionalis ultra seperti pejuang bahasa. Allahyarham dianggap lebih hampir kepada pihak bukan Melayu dan Barat.
Perkara ini dapat dilihat umpamanya dalam satu petikan akhbar Utusan Melayu bertarikh 19 Mac 1967.
Berita itu berbunyi: "Kementerian Pelajaran akan mengambil alih Dewan Bahasa dan Pustaka yang dikatakan sekarang menjadi sarang politik untuk menentang kerajaan.
‘‘Encik Mohamad Khir Johari, Menteri Pelajaran yang memberikan amaran ini hari ini berkata bahawa tindakan ambil alih itu akan dilakukan setelah pembersihan dijalankan ke atas anasir-anasir yang menentang kerajaan.
‘‘Mungkin jika mustahak kementerian sendiri akan mengambil alih dewan itu sebagai satu jabatan di bawahnya dan anasir-anasir yang tidak diingini itu disingkir untuk menjaga kebersihan dewan itu, kata Encik Khir.”
Laporan berita itu menggambarkan betapa DBP yang kakitangannya banyak terdiri daripada orang kiri dan pejuang bahasa pada ketika itu bertembung dengan Menteri Pelajaran.
Kemuncak serangan terhadap Allahyarham ialah ketika pilihan raya umum tahun 1969 yang mana seperti yang diceritakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam bukunya Sebelum dan Selepas 13 Mei, Pas telah menyebarkan gambar Khir dalam pakaian Cina untuk memburukkan Perikatan.
Bagaimanapun, beliau tetap berjaya mengalahkan calon Pas dan mempertahankan kerusinya di Kedah Tengah bagi penggal keempat. Allahyarham tidak pernah kalah pilihan raya sehingga bersara daripada politik.
Justeru, dari sudut sejarah politik negara, beliau yang merupakan anggota Kabinet pertama Tanah Melayu merdeka dan pemimpin UMNO awal dianggap sebagai orde lama bersama Tunku.
Maka zaman beliau sebagai ahli politik berada di penghujungnya selepas Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan.
Tetapi Allahyarham adalah pejuang kemerdekaan yang berhenti menjadi guru Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1948 setelah mengajar tiga tahun untuk aktif dalam pergerakan kemerdekaan Saberkas sebagai Setiausaha Agung.
Pertubuhan ini kemudian bergabung di dalam UMNO dan beliau menjadi ahli Majlis Bandaran Alor Star dari tahun 1952 hingga 1954 sebelum menyandang jawatan sebagai Pembantu Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 1956.
Dalam UMNO, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung dan Naib Yang Dipertua UMNO sehingga tahun 1970.
Jawatan kabinet akhir yang Allahyarham sandang ialah pada tahun 1973, selaku menteri tidak berportfolio apabila menjadi Duta Besar Malaysia ke PBB dan juga bagi Mexico dan Brazil.
Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1976, beliau melancarkan akhbar harian Watan yang tujuannya untuk menjadi suara bebas. Akhbar dwibahasa itu adalah untuk menjadi alternatif kepada akhbar arus perdana. Bagaimanapun, akhbar yang dipimpin oleh bekas pengarang Mastika, Subky Latif itu gagal dan kemudian menjadi tabloid politik mingguan.
Pada tahun 1977, beliau aktif dalam dunia korporat apabila menjadi Pengerusi Empat Nombor Ekor Selangor dan Magnum Finance.
Dalam bidang kebajikan, Allahyarham menjadi penaung kepada Persatuan Kebajikan Pekak dan Pusat Sindrom Down Kiwanis. Sementara dalam pertubuhan Islam, Allahyarham aktif dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Yayasan Amanah Pembinaan Islam (A staf).
Aktivitinya dalam sukan amat besar merangkumi Majlis Olimpik dan pelbagai permainan.
Daripada keseluruhan kehidupannya, Allahyarham dapat menjadi contoh kepada rakyat negara ini tentang kepentingan bergiat cergas sepanjang hayat dan berpegang kepada sifat terbuka kepada realiti negara pelbagai kaum dan agama.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al–Fatihah.

Tiga pemimpin lemah untuk selesai masalah Palestin
Oleh: Zin Mahmud
Sumber: Mingguan Malaysia 19 November 2006
BUAT pertama kali dalam sejarah, tiga pemimpin yang terlibat untuk menyelesaikan masalah Palestin adalah terdiri daripada mereka yang berada di kedudukan lemah.
Pemimpin-pemimpin itu ialah Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Bush lemah kerana partinya, Republikan kalah pilihan raya Kongres. Olmert juga dalam kedudukan lemah kerana partinya, Kadima hanya menang majoriti tipis dalam pilihan raya umum Mac lalu.
Sementara Mahmoud yang datang dari Fatah bercakap bagi pihak Palestin yang dalam pilihan raya, yang juga pada Mac lalu memberi kemenangan kepada Hamas.
Pernah pada satu masa, tiga pemimpin yang terlibat dalam usaha mencari penyelesaian Palestin, terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang berkedudukan kuat.
Bush pernah berada dalam kedudukan kuat ketika Parti Republikan menguasai Kongres. Pihak Israel pula dipimpin oleh Perdana Menteri Ariel Sharon yang mendapat sokongan besar daripada rakyat Israel. Sementara bagi pihak Palestin, Allahyarham Yasser Arafat pernah menjadi pemimpin yang tidak mampu dicabar oleh sesiapa.
Namun begitu, dalam keadaan lemah begini, mungkin penyelesaian masalah Palestin lebih mudah untuk dicapai.
Ini kerana ketiga-tiga pihak kesemuanya perlu mengambil kira pandangan daripada pihak-pihak pesaing masing-masing di negara sendiri.
Umpamanya Bush perlu mengambil kira pendirian Parti Demokratik yang menguasai Kongres. Olmert yang mengetuai kerajaan campuran empat parti juga perlu meletakkan pendiriannya pada semua spektrum politik kerajaannya, meliputi Parti Buruh dan Parti Shas yang mewakili pendirian ultra-ortodoks Yahudi.
Tetapi kedua-dua pihak itu, AS dan Israel yang juga merupakan sekutu sudah biasa dengan keadaan sistem yang menggabungkan semua aliran politik di negara masing-masing.
Pihak yang tidak biasa dengan keadaan begini ialah Palestin. Selama ini, iaitu semasa Yasser mengetuai Palestin, beliau bebas menjadi wakil tunggal bagi negaranya.
Kini penggantinya, Mahmoud tidak boleh berbuat demikian. Kerajaan yang dipilih rakyat Palestin ialah Hamas, yang membawa kepada pelantikan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Tetapi AS dan Israel tidak setuju dan untuk memecah tembok halangan kepada rundingan, maka dicadangkan penubuhan kerajaan perpaduan di mana kedua-dua Hamas dan Fatah menganggotai kabinet.
Maka tolak ansur dibuat dengan seorang ahli akademik yang berpendidikan AS dari Gaza, Mohammad Shbair menjadi perdana menteri.
Lihatlah betapa kedudukan Palestin semakin rapuh dan mengecil berbanding dengan dahulu.
Aktif
Pada satu masa dahulu, ketika Perang Dingin di tahun-tahun 50-an, perjuangan Palestin disokong kuat oleh kesemua negara Arab dengan Mesir, Jordan, Syria, Iraq dan Libya membantu secara aktif menentang Israel.
Di pihak antarabangsa pula, Kesatuan Soviet berdepan dengan AS membela Palestin.
Setelah perang tahun 1973, Kaherah berdamai dengan Tel Aviv. Tanpa Mesir, sudah tidak timbul boleh berlaku perang secara besar-besaran bagi menentang Israel.
Kemudian berlaku pertembungan antara Jordan dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang mana Yasser terpaksa berpindah ke Beirut, Lebanon.
Justeru, Jordan terkeluar daripada persaingan langsung antara PLO dan rejim Tel Aviv.
Kemudian berlaku pergolakan di Lebanon dengan tentera Israel menakluki Beirut dan PLO terpaksa berundur ke Tunis, Tunisia.
Tetapi perkembangan terbesar berlaku dengan kejatuhan Soviet. Moscow sudah tidak berperanan besar dalam membela Palestin.
Dalam keadaan begini, intifadah berlaku dengan kemunculan Hamas. Dengan keadaan yang lemah tanpa Moscow, PLO berunding di Oslo yang membawa kepada penubuhan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA).
Apabila Saddam Hussein tumbang, satu lagi negara pro-Palestin yang aktif terkeluar daripada pertarungan langsung dalam penentangan terhadap rejim Tel Aviv.
Maka dalam keadaan begini, perjuangan asal dan tegas dalam kalangan Palestin sudah menjadi begitu kecil yang berpusat pada Hamas.
AS, Rusia, Kesatuan Eropah (EU), malah PLO yang ditunjangi Fatah berada di pihak apa yang Israel kehendaki. Cita-cita asal dan murni Palestin hanyalah berada pada tangan Hamas yang mendapat sokongan untuk memimpin PA.
Tetapi kerajaan Palestin ini tidak dapat berfungsi tanpa sokongan pihak-pihak lain seperti AS, EU dan Israel sendiri.
Justeru, kerajaan Hamas lumpuh. Untuk mengharapkan negara-negara Arab juga tidak dapat dilakukan kerana hampir kesemuanya di bawah pengaruh AS. Mesir. Iraq dan Libya yang pada satu masa dahulu adalah penyokong dan pembantu aktif Palestin sudah tidak dapat berbuat demikian.
Tetapi mengapakah dalam keadaan ini masih ada harapan untuk menyelesaikan masalah Palestin? Malah mungkin harapan bagi penyelesaiannya adalah lebih cerah?
Walaupun Hamas kelihatan kerdil apabila berada di depan Israel dan AS hingga ia terpaksa mengalah dan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Fatah, tetapi ia tidak bersendirian.
Apa yang dinamakan kerajaan perpaduan adalah hakikatnya kerajaan yang diterima oleh Israel, dengan sokongan AS.
Melihat bagaimana Washington mengenakan veto ke atas usul mengecam tindakan ganas Israel ke atas Gaza, maka dalam soal Palestin, perspektifnya ialah Washington dan Tel Aviv merupakan satu entiti, sementara PLO yang diketuai Fatah itu bersama di pihak mereka.
Hamas sanggup berundur daripada kerajaan PA, yang sepatut menjadi haknya hanya kerana mahu mempertahankan prinsip menolak pengiktirafan terhadap Israel, dan mempertahankan hak menggunakan senjata.
Mudah
Apabila mengiktiraf Israel, seperti yang dilakukan oleh Kaherah dan PLO, maka dengan sendirinya sesuatu entiti adalah berada di pihak Tel Aviv.
Maka apabila berlaku rundingan kelak, Washington, Tel Aviv dan PLO akan mudah mencari titik pertemuan berbanding kalau Hamas ikut serta.
Namun begitu, kesemua pihak Washington, Tel Aviv dan PLO mesti mengambil kira pendirian Hamas, bukan saja ia mendapat sokongan daripada rakyat Palestin tetapi kedudukannya tidak bersendirian.
Sememangnya kedudukannya dari sudut entiti rasmi adalah kecil, iaitu dengan terpaksa berkongsi kerajaan bersama PLO dalam kerangka penerimaan Washington dan Tel Aviv.
Jadi, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Hamas yang terpaksa berundur mempunyai kekuatan tersendiri. Bukan saja dari segi sokongan rakyat Palestin terhadap Hamas yang terus memegang prinsipnya tetapi parti itu juga mendapat bantuan dan sokongan, walaupun tidak mencukupi tetapi bermakna.
Sokongan dan bantuan yang diterimanya datang daripada Hizbullah, Syria dan Iran.
Inilah corak baru kepada pertarungan di Palestin. Iran pada masa ini berperanan seperti Mesir pada tahun-tahun 50-an. Mahmud Ahmedinejad menggantikan Gamal Nasser sebagai pemimpin politik Asia Barat bagi berdepan dengan AS dan Israel.
Cumanya kalau Moscow berada di belakang Gamal, Iran pula terpaksa berdiri sendiri.
Justeru, di belakang tiga pemimpin lemah, Bush, Olmert dan Mahmoud Abbas; terdapat tiga pemimpin yang boleh dianggap kuat dan perlu diambil kira bagi penyelesaian masalah Palestin.
Mereka adalah Presiden Iran, Mahmud Ahmedinejad, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dan Presiden Syria, Bashar Al-Assad. Ketiga-tiganya menolak pengiktirafan terhadap Israel, dan berada di belakang Hamas.
Maka kalau Bush sedang berdepan dengan Mahmud Ahmedinejad berhubung senjata nuklear, maka Olmert pula sudah pun berperang dengan Nasrallah.
Sementara Hamas dan Syria turut termasuk dalam kerangka medan pertembungan kedua belah pihak.
Tetapi dalam usaha mencari penyelesaian masalah Palestin, ada satu medan yang tidak dapat dicerap tentang natijahnya. Sama ada ia membantu penyelesaian masalah Palestin atau tidak?
Medan itu ialah Iraq. AS berada di situ untuk melumpuhkan dua kekuatan, iaitu golongan Sunni dan Syiah yang anti-Israel, termasuk penyokong Saddam; dan mereka yang bersekutu dengan Iran. Washington mahukan satu kuasa sederhana Syiah di Baghdad. Tetapi apabila perkara ini tidak dapat dicapai, mereka mahu melaga-lagakan semua kekuatan itu supaya golongan Sunni dan Syiah yang anti-Israel tidak mendominasi.
Di sinilah pula faktor Al-Qaeda yang anti-AS dan anti-Syiah. Mereka tidak begitu memberi perhatian kepada masalah Palestin. Malah satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh Al-Qaeda cawangan Baghdad memberi amaran kepada Hizbullah supaya jangan cuba mendominasi politik Lebanon.
Al-Qaeda boleh digunakan oleh AS untuk melemahkan Hamas, Hizbullah dan Iran.

Peluang baru Liga Arab selesai soal serantau
Oleh: MUHAMMAD ALIAS
Sumber: Utusan Malaysia 18 November 2006
SEBAGAIMANA yang dijanjikan Saddam Hussein dijatuhkan hukuman mati. Sukar difikirkan mengapa perbicaraan Saddam diberi keutamaan yang cukup tinggi selain daripada niat membalas dendam. Ini dengan jelas menampakkan betapa kusutnya pemikiran orang-orang Arab.
Sepatutnya segala usaha ditumpukan untuk membaiki Iraq yang musnah akibat perang. Saddam sepatutnya dibicarakan oleh tribunal yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) di luar negara seperti mana Tribunal Jenayah Perang Rwanda dan Yugoslavia.
Langkah seumpama ini boleh mengendurkan ketegangan antara puak-puak yang bertelagah.
Persoalannya apakah Iraq akan aman setelah Saddam dihukum mati.
Permusuhan antara Sunni dan Syiah bukan setakat politik malahan melibatkan agama. Inilah yang menjadi faktor utama kepada pertumpahan darah hari ini. Permusuhan antara dua mazhab merebak ke lain-lain negara Timur Tengah dan Pakistan. Hinggakan kedua-dua puak sanggup menyerang masjid-masjid yang dianggap tempat suci. Di samping itu, kaum Sunni yang hilang kuasa dengan kejatuhan Saddam memusuhi pemimpin Kurdis dan Syiah kerana memujuk kuasa-kuasa Barat supaya menyerang Iraq. Pemimpin-pemimpin Syiah seperti Ahmad Chalabi yang meninggalkan Iraq kerana perbalahan politik dengan Saddam ternyata memberi maklumat palsu mengenai senjata pemusnah besar-besaran (WMD) atas tujuan politik.
Kini wujud dua golongan pemimpin di Iraq iaitu mereka yang tinggal dalam buangan dan kembali berkuasa selepas Saddam digulingkan dan pemimpin-pemimpin yang tinggal di dalam negara. Kumpulan kedua dikira bersifat nasionalis dan boleh bekerjasama dengan pelbagai puak.
Malangnya sistem politik berdasarkan mazhab menyebabkan kumpulan nasionalis terpaksa berpihak kepada puak masing-masing.
Pertumpahan darah di Iraq kini bertukar dari penentangan terhadap kuasa luar kepada peperangan antara kaum dan mazhab. Mengikut laporan 150,000 rakyat Iraq terkorban dalam masa tiga tahun. Iraq hari ini tidak ubah seperti Bosnia awal 1990-an.
Ternyata sistem yang wujud sekarang gagal menamatkan perselisihan antara puak. Dengan yang demikian sukar dibayangkan masa depan Iraq. Permusuhan nampaknya tersangat mendalam. Sunni tidak dapat menerima hakikat mereka kehilangan kuasa.
Sementara Syiah puak terbesar dan kini berkuasa tidak akan melepaskan kuasa mereka.
Pemimpin-pemimpin Iraq mahu tidak mahu terpaksa memikirkan dengan mendalam cadangan menubuhkan kerajaan bercorak persekutuan. Wilayah-wilayah yang bermajoritikan sesuatu kaum akan mempunyai kerajaan sendiri. Dalam lain perkataan akan wujud kerajaan Kurdis di Utara (sebenarnya telah pun wujud sejak 1991), Sunni di bahagian Barat dan Syiah di bahagian Timur dan Selatan.
Mungkin sistem pemerintahan di Bosnia sekarang dan Yugoslavia sebelum berlakunya perpecahan awal 90-an boleh menjadi model kepada Iraq. Kerajaan wilayah mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir wilayah masing-masing sementara jawatan Presiden dilantik secara bergilir-gilir dari tiga kumpulan etnik terbesar.
Namun cadangan ini nampaknya tidak dipersetujui oleh Sunni dan nasionalis Syiah. Mereka mahukan sebuah kerajaan Iraq yang kuat dengan kuasa dipegang sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Sementara puak Sunni meskipun merupakan 20 peratus daripada keseluruhan masih memimpikan untuk kembali menguasai Iraq satu hari nanti. Ini merupakan satu mimpi yang indah.
Jiran-jiran Iraq juga nampaknya menjadi dalang di sebalik pertumpahan darah di negara itu. Negara-negara majoriti Sunni cukup takut pengaruh Syiah di Iraq akan menjalar ke negara-negara mereka. Dalam konteks ini mereka meniupkan permusuhan Sunni-Syiah yang berakar umbi ribuan tahun. Mereka juga bimbang pengaruh Iran.
Sepatutnya puak Sunni (kaum minoriti) belajar daripada nasib malang rakyat Palestin. Tahun 1948 rakyat Palestin dihasut supaya jangan menerima keputusan PBB mengenai pembahagian Palestin untuk Arab dan Yahudi. Hari ini negara-negara Arab hanya mendiamkan diri di kala rakyat Palestin dibunuh setiap hari.
Dalam keadaan sekarang nampaknya sistem persekutuan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian masalah Iraq. Apa yang perlu dilakukan ialah menggariskan semula sempadan antara wilayah-wilayah ini bagi membolehkan setiap wilayah mempunyai sumber ekonomi sendiri termasuk hasil minyak. Dewasa ini telaga-telaga minyak boleh dikatakan terletak di wilayah-wilayah Kurdis dan Syiah dan tidak di wilayah Sunni.
Liga Arab harus memainkan peranan ke arah ini. Sekiranya Liga Arab tidak mampu elok sahaja serah kepada PBB. Tambahan pula cadangan seumpama ini telah dibayangkan oleh negara-negara Barat meskipun dengan tujuan berlainan.
Jalan penyelesaian yang terakhir ialah mewujudkan tiga buah negara yang merdeka mewakili tiga kumpulan yang bertelagah. Pada dasarnya cadangan ini tidak dipersetujui oleh negara-negara Arab dan Turki. Negara-negara Arab bimbang negara Syiah Iraq akan semakin rapat dengan Iran. Sementara Turki pula bimbang sebuah negara Kurdistan yang merdeka akan memberi inspirasi kepada kaum pemisah Kurdis di Turki untuk merdeka.
Negara-negara yang mempunyai penduduk Kurdis seperti Turki, Iraq, Syria dan Iran tidak dapat menerima kewujudan sebuah negara Kurdistan yang merangkumi wilayah-wilayah mereka. Tapi kalau difikirkan kenapa kaum Kurdis tidak boleh mempunyai negara sendiri. Mengikut sejarah kaum Kurdis pernah dijanjikan kerajaan sendiri selepas Perang Dunia Pertama oleh kuasa-kuasa Barat. Sayangnya janji tidak dimakbulkan.
Bagaimanapun, kalau ketiga-tiga puak di Iraq sudah tidak boleh lagi hidup bersama adalah baik sekiranya mereka dipisah-pisahkan di dalam sebuah negara mengikut etnik sendiri. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malahan negara-negara Arab di Timur Tengah sekarang ditubuhkan oleh kuasa-kuasa Barat ekoran kekalahan kerajaan Uthmaniah Turki selepas Perang Dunia Pertama.
Pembunuhan sesama sendiri entah bila akan berhenti. Kerajaan dipelopori Syiah cuba menyelesaikan masalah secara ketenteraan. Ini jelas tidak akan berhasil. Tambahan pula Iraq mempunyai banyak senjata yang ditinggalkan oleh rejim Saddam. Penduduknya pula rata-rata tahu mengenai ilmu ketenteraan oleh kerana mereka terlibat dalam Perang Teluk 1990 dan Perang 2003.
Apa yang berlaku sekarang pemimpin-pemimpin Iraq khususnya Syiah dan Kurdis yang kembali ke Iraq dari buangan tidak memahami keadaan negara yang kucar-kacir. Ramai yang hidup mewah di luar negara dan buta dengan keadaan sebenar.
Sikap enggan bertolak ansur oleh pemimpin-pemimpin Iraq jelas membuktikan budaya Arab sebenarnya. Negara-negara Arab berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri. Ekoran daripada itu negara-negara Arab meskipun kaya dengan sumber ekonomi tetapi jauh kebelakang dalam segala segi.
Nampaknya Liga Arab yang sama tua dengan negara Israel tetapi gagal dalam segala segi mempunyai peluang terakhir untuk menyelamatkan negara anggotanya.

Cabaran baru orang Melayu
Oleh: ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)
Sumber: Utusan Malaysia 17 November 2006
DALAM mengikuti Perhimpunan Agung UMNO Ke-57, bermula dengan majlis perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO hinggalah kepada perbahasan-perbahasan ucapan dasar Presiden dan usul-usul dapat dirasakan bahawa terdapat cabaran-cabaran baru yang sedang dihadapi oleh orang Melayu.
Apa yang tidak pernah timbul pada tahun-tahun lalu, kini sudah muncul realiti baru yang mesti dihadapi oleh orang Melayu secara berdepan dan rasional.
Dalam memahami fenomena ini, wajar juga diulangi takrif rasmi Melayu supaya dapat dilihat konteks cabaran yang sedang dihadapi ini.
Orang Melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Soal agama Islam dan bahasa Melayu adalah mudah untuk difahami, tetapi mengenai adat istiadat, ia perlu penjelasan kerana ia membawa implikasi lebih besar melibatkan politik dan ekonomi.
Adat istiadat Melayu bukan saja melibatkan soal cara kahwin, berhari raya atau menguruskan kematian. Ia bukan saja bermakna istiadat, tetapi lebih daripada itu, iaitu adat, yang bukan saja meliputi amalan budaya bersifat sosial tetapi juga politik.
Maka adat Melayu adalah termasuk sistem berpolitik iaitu kedaulatan raja- raja Melayu. Dari paksi inilah maka terletaknya kuasa politik Melayu.
Maka UMNO lahir pada tahun 1946 dalam konteks ini. Melalui perjalanan sejarah, maka wujudlah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia yang menjadikan UMNO serta Perikatan sebagai sebahagian daripada politik Melayu.
Kemudian pegangan kepada kuasa politik ini pula membawa kepada ekspresinya dalam bentuk ekonomi. Perkara ini jelas selepas tahun 1969 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan diikuti dengan Barisan Nasional (BN) diwujudkan.
Sejak kemunculan teknologi maklumat (IT) dengan penciptaan laman web, e-mel, blog dan sistem pesanan ringkas (SMS), satu ruang baru yang terbuka dan bebas muncul untuk menjadi wadah luas kepada perbahasan dan mencorakkan semula pentas komunikasi politik.
Di sinilah realiti baru yang menjadi cabaran kepada perjuangan UMNO. Ia bukan soal teknologi atau kaedah baru komunikasi semata-mata tetapi lebih kepada cara fikiran politik yang baru bagi Malaysia.
Fahaman demokrasi liberal dalam politik, dan kapitalisme globalisasi dalam ekonomi merupakan dua cabaran bagi orang Melayu dan UMNO.
Jadi, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, demokrasi liberal dan kapitalisme global ini bukan saja mencabar amalan politik dan ekonomi orang Melayu, tetapi menyentuh dua ciri yang menjadi sosok Melayu itu sendiri.
Dua ciri itu adalah bahasa, dan lebih mencabar lagi ialah agama.
Menguasai
Dalam fahaman kapitalisme globalisasi, untuk berjaya dalam ekonomi yang kini tidak mengenal sempadan, seseorang mesti menguasai bahasa paling berdaya komersial dalam dunia. Maka realiti sekarang ialah bahasa Inggeris dan Mandarin.
Di sinilah cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu hingga terdapat tanggapan bahawa bahasa Melayu sudah tidak relevan untuk survival. Bukan saja orang Melayu mesti menguasai bahasa Inggeris, tetapi mereka mesti turut menguasai Mandarin kerana masa depan rantau ini terletak di tangan Cina.
Cabaran ini menjadikan orang Melayu berasa kurang selamat. Bahasa rojak dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah antara gejala yang menjadikan psikologi orang Melayu berasa kurang selamat.
Bagaimanapun, perasaan kurang selamat yang lebih besar adalah dalam soal agama. Di peringkat dunia sendiri, demokrasi liberal dengan fahaman sains dalam bentuk falsafah telah mencabar semua agama.
Tetapi agama yang paling dicabar dan diasak ialah Islam. Fenomena terorisme dan Islamofobia hanya menderaskan asakan ini.
Tanpa agama Islam, bahasa Melayu dan adat istiadat Melayu, iaitu yang berkaitan dengan politik dari segi ketuanan dan kedaulatan Melayu maka orang Melayu akan hilang begitu saja.
Orang Melayu wujud bukan atas darah dan keturunan. Sebab itu konsep Melayu tidak berkaitan dengan etnik atau ras. Justeru, di dalam orang Melayu terdapat pelbagai jenis darah dan keturunan. Melayu bukannya entiti perkauman. Kebangsaan Melayu berkait langsung dengan agama, bahasa dan politik.
Di sinilah cabaran realiti baru. Di satu pihak, terdapat golongan bukan Melayu, bukan Islam dan generasi baru yang mahu asas Malaysia diubah untuk menjadi apa yang dipanggil sebagai ‘negara normal’. Bagi mereka hanya apabila sesebuah negara mengamalkan sistem demokrasi liberal, baru dianggap sebagai ‘negara normal’. Malaysia dianggap tidak normal. Sedangkan realitinya semua negara di dunia mempunyai jati diri tersendiri dan istimewa, termasuk Malaysia.
Di sinilah dalam ucapan dasar Presiden UMNO ditegaskan bahawa Malaysia mempunyai sistem politiknya tersendiri dengan kontrak sosial yang dibuat atas asas perjuangan kebangsaan Melayu yang dibawa oleh UMNO sekian lama.
Pembahas-pembahas dalam Perhimpunan Agung UMNO membawa satu nada mengenai kebangsan Melayu ini; daripada soal agama, bahasa, politik dan ekonomi.
Tetapi apakah kekuatan orang Melayu untuk mempertahankan kedudukannya ini? Setakat ini, kekuatan ini ditunjukkan dalam bentuk simbol dan retorik. Istana, masjid dan keris adalah simbol-simbol orang Melayu untuk mempertahankan kedudukannya. Retorik yang garang pula menjadi seolah-olah ugutan tentang akan berlakunya kekacauan jika status sedia ada dicabar. Tetapi tidakkah ia berbentuk kekerasan?
Banyak perwakilan yang menyentuh tentang pendidikan. Tetapi bercakap mengenai perkara ini, ia sering dikaitkan dengan modal insan dan seterusnya tentang ekonomi.
Orang Melayu sudah lama faham bahawa ekonomi merupakan kekuatan hakiki seperti mana yang dipegang oleh orang Cina di Malaysia, dan pihak Barat di peringkat global.
Politik dianggap hanyalah kekuatan sementara. Maka apabila ditegaskan mengenai pendidikan, ia adalah untuk ekonomi.
Sedangkan pendidikan dalam erti kata sebenar adalah untuk membentuk manusia yang berakhlak dan berilmu. Jadi apa yang hendak dilahirkan oleh pendidikan ialah bukan saja modal insan untuk dijadikan aset ekonomi, tetapi lebih daripada itu, iaitu kemampuan intelektual dan moral.
Di sinilah kekuatan sebenar yang orang Melayu masih ketinggalan.
Untuk menghadapi cabaran yang dikemukakan oleh pejuang demokrasi liberal dan kapitalisme globalisasi, orang Melayu memerlukan kekuatan intelektual dan moral.
Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, musuh utama dan besar bagi orang Melayu dan UMNO bukannya dari golongan lain tetapi adalah kelemahan yang ada dalam diri sendiri.
Budaya rasuah termasuk politik wang dan mentaliti remeh-temeh serta tidak serius adalah ciri-ciri kelemahan intelektual dan moral.
Sedangkan kekuatan intelektual dan moral adalah kunci sebenar untuk menghadapi serangan pihak yang mahu menghapuskan Melayu dengan memisahkan bangsa ini daripada agamanya, bahasanya dan adat istiadatnya, dalam erti kata yang luas.

Jangan separuh jalan
Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN
Sumber: Mingguan Malaysia 12 November 2006
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (SMI) dikekal seperti dirancang. Eloklah selepas ini tidak ada pihak yang cuba membangkitkan isu dasar SMI yang pernah dipersetujui sebelum ini.
Dasar SMI diperkenalkan tahun 2003, bermula dengan murid tahun dua bagi sekolah rendah serta tingkatan dua dan enam atas bagi sekolah menengah dan program matrikulasi.
Selepas empat tahun, tentu menimbulkan pertanyaan apabila ada pihak membangkitkan semula soal kedaulatan bahasa Melayu dan jati diri. Semasa kerajaan mengusulkan dasar SMI dulu, bantahan hanya datang daripada golongan pejuang bahasa.
Tetapi selepas empat tahun, bantahan yang serupa datang daripada kalangan orang UMNO sendiri. Di mana suara mereka sebelum ini? Kalau benar mereka perjuangkan martabat bahasa, sewajarnya bantahan itu konsisten sejak dulu hingga sekarang.
Ketika bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mencadangkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sebahagian besar kalangan tokoh politik “semacam setuju’’. Jadi apabila tampuk pemerintahan bertukar tangan, tidak eloklah kalau ada yang membangkitkan perkara yang “dipersetujui’’ bersama dulu.
Kalau benar ada bantahan daripada orang UMNO seperti hari ini, kita percaya dasar SMI tentu tidak akan diteruskan. Memanglah meletakkan kepentingan bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik suatu yang boleh meminggirkan bahasa Melayu.
Tetapi isu itu sudah tidak relevan lagi apabila permulaan dulu sebahagian besar setuju dasar itu dilaksanakan. Melontarkan bantahan memang mudah. Apa lagi dalam keadaan orang yang mengasaskan dasar ini sudah tidak ada dalam kerajaan.
Walau apa sekalipun, kita kena meletakkan kepentingan pendidikan pelajar-pelajar mengatasi segalanya. Perubahan dasar yang terlalu kerap hanya akan menjejaskan pembelajaran, mengelirukan para guru dan akhir sekali membazirkan banyak wang yang dihabiskan untuk dasar ini.
Baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman membantah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Ghani melontarkan alasan bahawa dasar itu hanya akan menyebabkan orang Melayu kehilangan jati diri dan identiti.
Dasar yang berkaitan dengan pendidikan tidak boleh diubah sesuka hati. Selepas sesuatu dasar itu dilaksanakan, sudah menjadi tugas semua pihak untuk membuat penambahbaikan kepada mana-mana yang kurang.
Peringkat membantah sudah berlalu apabila dasar SMI ini berjalan selama empat tahun. Sekarang adalah masa untuk sama-sama menjadikan dasar ini sebagai suatu yang boleh menyumbang kepada dunia pendidikan.
Menghentikan di tengah jalan bukan saja memperlihatkan suatu yang “kucar-kacir’’, malah yang lebih membimbangkan ia menjejaskan para pelajar. Mereka sudah mulai serasi dengan apa yang dipelajari sekarang dan kerja-kerja untuk mempertingkatkan keberkesanan masih boleh dilakukan.
Kalau dasar SMI ini diubah lagi, kita yang mempunyai kuasa, suara dan pengaruh telah melakukan sesuatu yang tidak adil kepada pelajar. Maka yang terbaik dilakukan sekarang tentulah bukan kembali ke belakang.
Mahu tidak mahu apabila dasar ini dipersetujui empat tahun lalu, kita terpaksa menerima hakikat bahawa itu adalah keputusan sebulat suara. Kalau bukan sebulat suara, bantahan seperti yang diutarakan ketika ini sudah kedengaran daripada orang politik khususnya UMNO.
Bersetuju dengan Abdullah dalam isu ini bukan bermakna bersedia untuk mengorbankan identiti dan jati diri. Sebaliknya bersetuju supaya kita tidak kelihatan “menyokong membawa rebah’’ semasa dasar ini dibincangkan di peringkat awal.
Malanglah kalau banyak yang bersetuju empat tahun dulu kerana sekadar mahu “menjaga hati’’ Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu. Kalau kerajaan melayan desakan membantah dasar SMI ini maka benarlah hanya pejuang bahasa saja yang konsisten terhadap isu ini. Orang politik hanya melihat “arah tiupan angin’’ sebelum memperlihatkan pendirian mereka dalam semua isu.
Bayangkan berapa banyak pembaziran wang dan tenaga sekiranya kita memansuhkan dasar SMI apabila 30,000 guru tahun dua, tingkatan dua, tingkatan enam atas dan pensyarah kolej matrikulasi terlibat dalam SMI tahun 2003?
Tambahan pula belanja RM500 juta untuk melaksanakan dasar SMI bukan kecil. Peruntukan ini meliputi penambahan peralatan seperti komputer bimbit, bahan pembelajaran dan pendidikan serta kursus-kursus kepada guru dan pensyarah yang terlibat.
Jangan terlalu pantas menganggap siapa yang setuju dengan dasar SMI sekarang sebagai tidak menjulang bahasa Melayu. Kerja-kerja mendaulatkan bahasa Melayu dan jati diri boleh dibincangkan pada forum yang lain. Ini kerana dalam banyak aspek lain sebahagian besar daripada kita tidak sensitif tentang pencemaran bahasa Melayu dan jati diri.
Lagi pula mendaulatkan bahasa Melayu bukan hanya menggunakan bahasa Melayu untuk pembelajaran sains dan matematik. Ini hanya salah satu dan bagaimana dengan banyak aspek lain yang seolah-olah dilupakan?
Memang baguslah kalau kita mempunyai daya prihatin yang tinggi kepada bahasa Melayu. Tetapi lebih bagus kalau keprihatinan itu diluaskan kepada skop lain di sekeliling kita.
Berikan masa kepada dasar SMI untuk memperlihatkan hasil. Empat tahun tentulah terlalu awal untuk melihat hasil mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Sekali lagi, kasihanlah kepada anak-anak kita yang sekarang sudah belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Mereka tidak ada kuasa politik untuk membantah. Mereka hanya mengikut perintah. Jadi berlaku adillah kepada mereka yang sentiasa menurut perintah.

Kemenangan parti Demokrat segarkan politik AS
Oleh: ZIN MAHMUD
Sumber: Mingguan Malaysia 12 November 2006
NOTA pertama yang perlu diambil perhatian oleh penentang-penentang dasar luar Amerika Syarikat (AS) ialah jangan terlalu mengharapkan perubahan daripada kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya Kongres minggu lalu.
Ini kerana terdapat kecenderungan oleh banyak pihak yang menentang dasar-dasar Presiden George W. Bush, khususnya dalam soal perang Iraq menyatakan kegembiraan dengan kemenangan Parti Demokrat sebagai petanda perubahan hala tuju politik kuasa besar itu.
Sememangnya terdapat perbezaan antara Parti Demokrat dan Parti Republikan dari segi ideologi, pendekatan, tradisi dan jati diri. Tetapi perbezaan mereka tidaklah sebesar antara dua parti utama di negara-negara Barat lain.
Umpamanya, perbezaan antara Parti Buruh dan Parti Konservatif di Britain atau Parti Kristian Demokrat (CDU) dan Parti Sosial Demokrat (SDP) di Jerman adalah lebih besar daripada Parti Republikan dan Parti Demokrat di AS.
Politik AS adalah begitu stabil dan seragam hinggakan sebenarnya sukar untuk melihat perbezaan antara Parti Republikan dan Parti Demokrat. Kedua-duanya mencari jalan tengah supaya mendapat sokongan pengundi paling ramai, justeru perbezaan antara kedua mereka menjadi kabur.
Namun begitu, selain daripada soal personaliti, kedua-dua parti mempunyai sikap yang kelihatan berbeza berlandaskan pada ideologi asas mereka. Parti Republikan dianggap sebagai konservatif dan dianggap mewakili pemikiran kanan dalam politik AS. Sementara Parti Demokrat ialah golongan liberal yang menurut ukuran politik AS, ia merujuk kepada pemikiran kiri.
Istilah konservatif, liberal, kanan dan kiri dalam politik AS adalah berbeza berbanding dengan negara-negara Barat lain.
Kalau di negara-negara Barat lain, persaingan antara kanan dan kiri ditandai dengan pertembungan aliran konservatif lawan sosialis. Konservatif bermaksud pengekalan kuasa tradisi, termasuk elit bangsawan, perniagaan, ketenteraan dan agama. Sementara sosialis merujuk kepada golongan pekerja serta intelektual yang menerima campur tangan kerajaan dalam sektor swasta.
Tetapi liberal dalam kamus politik AS yang walaupun mempunyai persamaan dengan golongan menyokong campur tangan kerajaan dalam sektor swasta, ia tidaklah sampai mewarisi ciri-ciri sosialisme seperti dalam politik Eropah.
Bagaimanapun, dari segi tradisinya, golongan liberal adalah pihak yang menyokong golongan minoriti, peranan wanita dan bersifat menentang perang.
Jika menurut tradisi ini, maka tidak hairanlah, pemimpin Islam pertama yang dipilih ke Kongres AS iaitu Keith Ellison datang dari Parti Demokrat. Juga bakal speaker wanita pertama di Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi juga datang daripada Parti Demokrat.
Dewan Perwakilan adalah dewan rendah dalam Kongres sementara dewan tinggi ialah Senat.
Sementara isu menentang perang Iraq juga dibawa oleh Parti Demokrat bukanlah kerana mahu berbeza daripada Parti Republikan atau menentang Presiden George W. Bush yang datang dari parti itu, tetapi secara tradisinya, Demokrat sememangnya menentang perang.
Sementara kemenangan semula Hillary Clinton sebagai senator New York yang menunjukkan kemungkinan beliau boleh menjadi presiden wanita pertama AS menampilkan juga ciri-ciri Parti Demokrat. Mereka dianggap sebagai golongan liberal dan progresif. Parti Demokrat bersifat toleran kepada kebebasan termasuk dalam soal golongan homoseksual, feminisme dan pengguguran.
Apa yang menyebabkan dunia khususnya umat Islam tidak wajar begitu mengharapkan Parti Demokrat untuk berbeza dengan Parti Republikan dalam soal dasar luar negara ialah mengenai lobi Yahudi dan Zionis.
Lobi Yahudi dan Zionis adalah kuat di AS. Golongan intelektual, akademik, media, budaya dan hiburan banyak terdiri daripada kalangan Yahudi, Zionis dan pro-Israel. tetapi itu tidak bermakna bahawa semua orang Yahudi adalah Zionis dan pro-Israel. Ada juga yang pro-Palestin khususnya daripada kalangan golongan kiri, liberal dan pendukung Parti Demokrat.
Tokoh Yahudi yang terkenal sebagai seorang golongan kiri dan anti-Israel, pro-Palestin dan kritikal terhadap dasar luar AS ialah Noam Chomsky.
Tetapi bilangan Yahudi yang menyokong parti Republikan juga mencukupi untuk membolehkan mereka menyaingi Parti Demokrat. Itulah yang berlaku selama ini di mana parti itu meraih kemenangan dalam pilihan raya Kongres dan presiden.
Begitu juga dengan pengaruh kaum kulit hitam. Tradisinya mereka berada pada Parti Demokrat. Tetapi politik AS menyebabkan sokongan mereka juga bertebaran secara separuh dengan Parti Republikan.
Tentunya pengaruh kulit hitam juga besar pada Parti Republikan hingga ia dicerminkan dengan pelantikan Condoleeza Rice dan Colin Powell sebagai Setiausaha Negara oleh Presiden Bush.
Justeru kedudukan Parti Demokrat dan Parti Republikan tidak begitu mencerminkan fahaman politik atau ideologi mereka walaupun kedua-duanya mempunyai tradisi masing-masing dalam spektrum politik kiri kanan.
Bagaimanapun, apabila disebut neo- konservatif, maka sudah tentu rujukannya adalah kepada pihak Parti Republikan. Begitu juga apabila disebut istilah neo-liberal, yang pastinya merujuk kepada sekumpulan kecil dalam Parti Demokrat.
Iraq sememangnya menjadi isu besar dalam memberikan kemenangan pada pihak Parti Demokrat yang menunjukkan kegagalan dasar-dasar luar Presiden Bush. Tetapi bukan saja soal Iraq. Bush juga mempunyai imej kurang cekap atau cerdik.
Tetapi imej ini sudah wujud sejak Presiden Bush bertanding dalam penggal pertama pilihan rayanya. Lawannya bekas Naib Presiden Al-Gore dianggap lebih cerdik. Begitu juga dengan John Kerry yang menentangnya dalam pilihan raya presiden bagi penggal kedua.
Sebagai parti yang mempunyai imej didukung oleh golongan liberal, Parti Demokrat mempunyai calon-calon yang dianggap cerdik. Ini termasuklah Presiden Bill Clinton.
Tetapi dalam sistem demokrasi, calon cerdik tidak semestinya mudah menambat hati rakyat. Terdapat faktor lain yang memberikan kemenangan kepada Presiden Bush dan Parti Republikan selama ini.
Soal-soal seperti ancaman keganasan, keyakinan terhadap keselamatan, semangat nasionalisme, moral keagamaan dan menentang jenayah sering kali dikaitkan pada kemampuan Parti Republikan. Sementara soal-soal hak asasi manusia, kebebasan, privasi, sekularisme dan kesedaran alam sekitar dikaitkan pula sebagai perjuangan Parti Demokrat.
Maka jika dalam sesuatu era yang mana rakyat AS berasa tertekan dalam sesuatu isu, umpamanya keganasan, maka mereka cenderung untuk memilih Parti Republikan. Itulah yang berlaku dalam beberapa tahun lalu, lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September.
Begitu juga sekiranya dalam sesuatu zaman, rakyat AS begitu peka dalam soal alam sekitar, maka mereka cenderung untuk memilih Parti Demokrat.
Di atas segala-galanya pula adalah soal kejujuran, amanah dan kebersihan. Ia juga diambil kira oleh para pengundi.
Jadi angin perubahan yang melanda AS dalam pilihan raya penggal pertengahan yang melibatkan Kongres dan negeri pastinya dorongan oleh banyak faktor.
Apa yang nyata ialah Parti Demokrat telah mengecap kemenangan besar. Satu ayunan besar daripada penyokong Parti Republikan berpindah ke Demokrat. Malah terdapat di tempat-tempat tertentu seperti Michigan menyaksikan kubu tradisi Parti Republikan terpecah dan beralihnya pengundi kepada Demokrat.
Iraq dan keganasan hanyalah antara faktor. Tetapi faktor kejujuran, amanah dan korupsi juga memainkan peranan besar. daripada nepotisme dan korupsi yang berlaku dalam soal pembinaan semula New Orleans selepas taufan Katrina hinggalah kepada skandal seks ahli politik Parti Republikan menimbulkan rasa meluat pengundi kepada parti Presiden Bush itu.
Kemenangan Parti Demokrat itu merupakan proses penyegaran semula dalam politik AS. Maknanya segala kesilapan dan kelemahan Parti Republikan dan pentadbiran Presiden Bush dapat dibersihkan dan ditebuskan melalui kekalahan pihak mereka.
Namun begitu, kemenangan di Kongres tidak mencukupi bagi Parti Demokrat. Ia sememangnya menyusahkan Presiden Bush tetapi era baru AS di bawah Demokrat belum dapat dicapai selagi Presiden Bush tidak diganti dengan calon Demokrat.
Maka salah seorang calonnya ialah Hillary Clinton yang kini mula disebut-sebut mempunyai potensi menjadi presiden wanita pertama AS.

Apabila Saddam Hussein dihukum bunuh
Oleh: Zin Mahmud
Sumber: Mingguan Malaysia 5 November 2006
Hari ini dijadualkan keputusan hukuman yang akan dikenakan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein kerana kesalahan pembunuhan ramai di kampung komuniti Syiah, Dujail, 60 kilometer dari Baghdad.
Walaupun belum diputuskan mengenai perbicaraan itu tetapi kepercayaan meluas adalah Saddam pasti didapati bersalah dan dihukum gantung.
Kalaulah perkara ini berlaku tiga tahun lalu ketika tentera Amerika Syarikat (AS) baru menduduki Iraq dengan memberi harapan kepada rakyat negara itu, mungkin hukuman gantung dengan mudah dialu-alukan.
Tetapi masalahnya kini, harapan yang dijanjikan oleh tentera AS telah begitu pudar dengan pembunuhan berlaku setiap hari, maka perasaan rakyat Iraq, khususnya di kalangan penduduk Sunni dikatakan berbelah bahagi.
Malah buat pertama kali sejak kejatuhan Saddam, ada kumpulan yang berdemonstrasi menjulang gambar-gambar lama Saddam dan menuntut pembebasan beliau sebagai presiden Iraq yang sah. Perkara ini berlaku di gurun di luar Kirkuk oleh sekumpulan ketua-ketua suku kaum Sunni.
Sedangkan ketika tentera AS mula memasuki Baghdad, semua rakyat Iraq, Sunni, Syiah dan Kurdis bersama menyambut tentera penceroboh itu dan secara simboliknya, mereka menamatkan pemerintahan Baath dengan meruntuhkan patung Saddam.
Selepas kejatuhan Saddam, bukan saja tentera AS yang mencari dan memburu Saddam. Pihak penentangnya, baik Syiah, Kurdis mahupun Sunni sendiri berlumba mencarinya. Tetapi akhirnya pihak AS yang dapat menemuinya. Mungkin tawaran wang yang mampu ia berikan membolehkan diktator itu jatuh ke tangannya.
Tetapi andai kata ia jatuh kepada pihak lain, khususnya daripada kalangan Syiah, mungkin Saddam telah lama dibunuh sebagai tindakan membalas dendam.
Tetapi oleh kerana ia jatuh ke tangan AS, maka Saddam mendapat perlindungan. Musuh-musuhnya daripada kalangan rakyat Iraq tidak dapat membunuhnya.
Antara pihak yang berani merancang dan berusaha untuk membunuhnya ialah daripada kalangan Parti Daawa (Dakwah) pimpinan Nuri Al-Maliki.
Itulah yang mereka lakukan pada tahun 1982 dan usaha mereka gagal, akibatnya Saddam memusnahkan kampung Dujail dan membunuh 148 orang awam. Kes inilah yang dibicarakan terhadap Saddam dan keputusannya dijangka akan diketahui hari ini.
Nuri Al-Maliki kini menjadi Perdana Menteri Iraq yang disandang melalui pilihan raya di bawah penyeliaan AS.
Beliau dengan jelas mengalu-alukan hukuman bunuh ke atas Saddam dan menganggapnya sebagai langkah penting bagi menghalang kumpulan-kumpulan yang mahu kembali berkuasa di Iraq melalui Saddam.
Kuasa
Parti Daawa adalah antara parti Islam yang bergerak secara bawah tanah semasa pemerintahan Saddam. Mereka memperjuangkan penubuhan negara Islam dan menjadi sekutu kepada Majlis Tertinggi Revolusi Islam Iraq (SCIRI) yang berpangkalan di Teheran selama Saddam berkuasa.
Satu lagi ironi ialah parti yang pro-Iran dan anti-AS ini mendapat kuasa melalui laluan yang diberikan oleh Washington.
Bagaimanapun, sama ada Saddam dihukum bunuh atau tidak, Iraq sudah kehilangan harapan dan perang saudara hampir dianggap pasti.
Seorang wartawan berasal Iraq yang kini bertugas di rantau Asia Timur beberapa bulan lalu menceritakan kepada penulis betapa keluarganya di sana menghalang beliau pulang.
Ini kerana keadaan di Iraq begitu berbahaya dan kucar-kacir hingga tidak diketahui siapa membunuh siapa dan bila pembunuhan dan pengeboman akan berlaku.
Oleh kerana nyawa wartawan sentiasa terancam oleh orang bersenjata yang tidak dikenali atau diketahui tujuan mereka, maka sukar laporan atau berita sebenar keluar dar Iraq.
Justeru apa yang dunia ketahui mengenai Iraq hanyalah secebis. Maklumat yang diterima hanya datang daripada sumber rasmi tentera AS yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.
wartawan itu menceritakan pembunuhan bukan saja berlaku antara Sunni dan Syiah, AS dengan orang Iraq, tetapi juga wujudnya kumpulan-kumpulan asing dari negara Arab yang matlamat mereka juga tidak jelas. Apa yang berlaku hanyalah pengeboman dan pembunuhan orang ramai.
Selain itu, katanya, terdapat juga tanda-tanda wujudnya penyusupan daripada Israel yang tidak diketahui tujuan dan sasarannya.
Menurut wartawan yang bermazhab Sunni itu, apa yang paling menyedihkan dan mengerikan pejuang-pejuang yang berkeliaran di Iraq tidak bertindak menurut strategi apatah lagi bersifat berperikemanusiaan. Walaupun mereka berjuang atas nama Islam atau dengan tujuan menghalau AS tetapi yang menjadi sasaran adalah orang awam Iraq.
Mereka melakukan pembunuhan dan pengeboman di tempat awam secara membunuh diri dan tanpa matlamat.
Ada peristiwa di mana seseorang itu dibunuh hanya kerana nama mereka adalah Abu Bakar atau Omar, iaitu nama khalifah yang ditolak oleh golongan Syiah.
Malah katanya, ada wartawan yang dibawa bertemu dengan kumpulan-kumpulan bersenjata dan hanyalah seorang anak muda yang naif dan hanya tahu hendak membunuh dan memusnah. Bagaimana mereka mendapat senjata dan sokongan untuk beroperasi tidaklah diketahui.
Maknanya seluruh Iraq sudah begitu hancur dan kacau-bilau hinggakan AS dan Britain sendiri tidak dapat mengawal keselamatan. Apatah lagi tentera atau polis Iraq yang dilatih mereka.
Malangnya, menurut wartawan itu, tentera rasmi Iraq hari ini didominasi oleh Syiah dan ini menyebabkan golongan Sunni tidak berasa selamat. Sementara tindakan provokasi saban hari dilakukan oleh semua pihak.
Wartawan itu juga menceritakan bagaimana rebutan tanah dan rumah dilakukan dengan berlakunya pembersihan etnik. Maka dipercayai ada kawasan Sunni yang bertukar menjadi milik Syiah.
Justeru ada penduduk Iraq yang terus bertahan kerana tidak mahu rumah dan tanah mereka dirampas. Itu pun pihak yang menguasai kerajaan di Iraq hari ini mempunyai kuasa keupayaan untuk mengubah kedudukan geran tanah.
Minyak
Sementara pihak Kurdis pula mahu membolot minyak di kawasan mereka. Tetapi akhirnya segala kekacauan ini mendorong banyak pihak di Iraq, menurut wartawan itu melupakan soal harta benda dan mengutamakan keselamatan semata-mata.
Maknanya kalau Kurdis dan Syiah hendak memiliki minyak dan tanah Iraq, pihak Sunni menerimanya asalkan keselamatan dan perdamaian dapat diwujudkan.
Tetapi perkara itu tidak juga berlaku. Hubungan antara golongan begitu buruk dan seolah-olah tidak ada jalan selain daripada perpecahan.
Banyak penganalisis akan menyalahkan Saddam sebagai punca keadaan ini. Tetapi pihak yang berkuasa sekarang adalah AS dan Britain yang pasti menjadi sasaran kecaman. Mereka pula akan menyalahkan Iran kerana campur tangan dan tidak kurang pula kumpulan Al-Qaeda yang mendapat sokongan rekrut dan dana daripada orang Sunni di luar Iraq.
Sementara di AS dan Britain, lobi yang mendesak supaya tentera masing-masing mengundurkan diri semakin kuat yang akhirnya akan menjadi kenyataan.
Mungkin hukuman bunuh Saddam akan menjadi petanda bahawa sudah sampai masanya bagi AS dan Britain berundur dari Iraq. Malangnya rakyat Iraq akan terus sengsara tanpa mengira sama ada Saddam dihukum atau tidak, dan sama ada tentera AS dan Britain ada atau berundur.
Malah masa depan rakyat Iraq terus gelap. Jika Iraq berpecah tiga, mereka akan terus berbalah sesaman sendiri. Sementara jika terus bersatu pula, persaingan antara Syiah, Sunni dan Kurdis menjadikan negara itu lumpuh.
Sedangkan Syiah dan Sunni adalah satu etnik iaitu Arab, dan Kurdis dan Sunni juga adalah semazhab.
Legasi Saddam dalam bentuk penindasan golongan Sunni ke atas Syiah dan Kurdis membawa padah buruk pada Sunni hari ini. Giliran mereka dipinggirkan dan keadaan sudah tentu tidak disenangi oleh dunia Arab yang majoriti adalah Sunni.
Sementara legasi AS pula adalah kegagalan dan memusnahkan struktur masyarakat Iraq.
Baghdad pastinya menanti seorang pemimpin yang tegas, berani dan boleh menyatukan negara, iaitu salah satu ciri Saddam. Tetapi Iraq juga perlukan pemimpin yang demokratik, toleran dan berperikemanusiaan sekurang-kurangnya seperti pemimpin lain dunia.
Di atas segalanya, Iraq memerlukan juga pemimpin yang cerdik. Saddam membawa Iraq ke dalam kemusnahan kerana kebebalannya. Tindakannya menyerang dan berperang dengan Iran, menyerang dan menduduki Kuwait dan akhirnya tidak akur dengan keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung pemeriksaan senjata akhirnya memusnahkan negaranya dan mendatangkan penderitaan rakyatnya.

Jadikan amalan menderma organ seperti menderma darah
Oleh: ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)
Sumber: Utusan Malaysia 4 November 2006
BENAR seperti kata Ketua Penyelaras Pusat Sumber Pemindahan Organ Kebangsaan (NRTC) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Lela Yasmin Mansor bahawa orang ramai tidak selesa membincangkan isu yang melibatkan kematian, justeru menimbulkan salah faham mengenai pendermaan organ.
Maka kesannya orang ramai takut hendak menderma ginjal hingga menyebabkan banyak pesakit buah pinggang tidak dapat diselamatkan.
Tetapi bayangkan senario di sebaliknya. Jika orang ramai selesa untuk membincangkan tentang kematian secara terbuka, maka kefahaman mengenai pendermaan organ akan lebih meluas dan mendalam. Akibatnya pula, orang ramai akan lebih bersedia untuk menderma organ khususnya ginjal mereka.
Hasilnya, lebih banyak pesakit buah pinggang akan terselamat dan dapat menyambung hidup lebih lama lagi. Walaupun sememangnya pada akhirnya, manusia akan semuanya mati.
Kemampuan manusia memindahkan ginjal kepada pesakit buah pinggang dan selanjutnya menyelamatkan nyawa merupakan hasil daripada penemuan dan pemahaman dalam bidang sains perubatan dan teknologi.
Sebelum munculnya kepandaian ini, pesakit buah pinggang tidak mempunyai pilihan lain untuk selamat dan terpaksa menerima kematian akibat penyakit itu.
Tetapi sebelum munculnya sains perubatan dan teknologi, manusia sudah lama mengenal agama. Selamat untuk dinyatakan bahawa sejak wujudnya manusia, maka agama sudah bersama mereka, walaupun dalam apa jua bentuk, primitif ataupun berfalsafah.
Begitu juga dengan kematian. Sejak muncul manusia, pastinya mereka sedar tentang kematian. Misteri kematian cuba dijelaskan dalam pelbagai cara, sama ada mitos atau legenda, tetapi akhirnya agama yang menjelaskan mengenai kematian dengan selesa.
Malah kematian dan pemahaman agama adalah sehubungan. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa agama wujud untuk menjelaskan kematian.
Apa saja ajaran agama mengenai kehidupan adalah akhirnya untuk menempatkan kedudukan manusia semasa kematiannya.
Maka Islam juga membincangkan mengenai kematian secara luas dan mendalam. Kematian sudah tidak menjadi misteri dalam Islam. Ia dijelaskan hingga menyebabkan isu kematian selesa untuk dibincangkan dan difahami.
Mengenai pemindahan dan pendermaan organ, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah banyak membincangkan perkara ini dan menggalakkan umat Islam menderma organ.
Langkah menderma organ bukan saja dibolehkan tetapi juga digalakkan sebagai suatu amalan kebajikan yang mendatangkan pahala kepada pendermanya.
Dalam perbincangan di kalangan ahli-ahli agama atau golongan terpelajar, pada hemat saya, ia dilakukan dengan selesa dan umumnya orang Islam dapat menerima tentang kebaikan dan keperluan menderma organ.
Terdedah
Ketidakselesaan timbul apabila sampai kepada hendak melakukannya di kalangan orang ramai yang sudah tentu tidak banyak terdedah kepada perbincangan mengenainya.
Ada pihak mencadangkan supaya ceramah-ceramah dan khutbah menghebahkan mesej pendermaan organ ke tengah-tengah masyarakat supaya orang ramai akhirnya dapat menerima hakikat ini dan lebih penting lagi bertindak untuk menderma organ.
Tetapi saya percaya perbincangan, ceramah dan khutbah tidak mencukupi dan kurang berkesan. Langkah menderma organ memerlukan contoh praktikal dan lebih ketara lagi ialah keperluan satu gerakan menggalakkan pendermaan organ.
Cuba lihat bagaimana program derma darah. Di satu segi, gerakan kesedaran bagi menderma darah sudah mencapai kejayaan dengan orang ramai tidak berasa bermasalah untuk menderma darah.
Pada awalnya, galakan bagi menderma darah juga sukar untuk mencapai kejayaan. Tetapi setelah bertahun-tahun gerakan ini berjalan, maka akhirnya ia mencapai keadaan yang ada sekarang.
Itu pun pada masa-masa tertentu, di sesetengah kalangan, derma darah ini turut menjadi satu fobia.
Apatah lagi dengan menderma organ yang melibatkan soal kematian dan jenazah.
Kalau dulu dengan darah ditimbulkan soal darah bercampur. Sama ada haram atau halal. Kalau makanan dianggap jadi darah daging, maka dibimbangi pencampuran darah. Tetapi kini sains menunjukkan bahawa darah hanyalah sel-sel merah dan putih yang boleh dicampur serta tidak berkaitan dengan soal etika.
Kebaikan terletak pada menyelamatkan manusia. Soal makanan haram dan halal adalah bersifat agama dan etika, ia tidak berkait dengan percampuran darah. Sebaliknya membiarkan manusia sakit atau mati kerana keengganan menderma darah adalah satu keburukan dan dosa.
Begitu juga dengan pemindahan dan pendermaan organ. Hujah bahawa memindah organ merupakan menyeksa mayat tidak kena pada tempatnya.
Jenazah mesti dihormati kerana ia merupakan maruah manusia. Merosakkan mayat merupakan perbuatan yang tidak beretika dan tentunya dilarang Islam.
Tetapi memindahkan organ sebagai derma bukanlah merosakkan mayat. Ia merupakan satu kebaikan kerana ia menyelamatkan manusia yang lain. Kebaikan ini jelas.
Sedangkan apabila jenazah itu dikebumikan, pastinya jasad itu akan hancur dimamah oleh ulat, bakteria dan segala makhluk dalam tanah yang mahu mengambil semua bahan-bahan dalam tubuh manusia. Begitu juga dengan organ manusia seperti ginjal.
Sedangkan daripada menyerahkan organ itu kepada makhluk-makhluk tanah itu, adalah suatu kebaikan jika ia dapat terus hidup untuk dipindahkan kepada manusia yang memerlukannya.

Di sebalik Menara Dubai
Oleh: ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)
Sumber: Utusan Malaysia 2 November 2006
Ketika umat Islam di seluruh dunia sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) meraikan siapnya 75 tingkat Burj Dubai yang akan menjadi bangunan tertinggi di dunia mengalahkan Taipei 101 pada tahun 2008.
Pembinaan pencakar langit itu telah dimulakan pada 15 April 2005 dan akan mencecah 808 meter dengan memiliki jangkaan 162 tingkat, 200 meter lebih tinggi daripada Taipei 101.
Burj Dubai yang bermakna Menara Dubai mula dibina dua tahun selepas Taipei 101 merampas mahkota bangunan paling tertinggi di dunia daripada Menara Berkembar Petronas pada tahun 2003.
Sementara Menara Berkembar Petronas memegang gelaran itu sejak tahun 1998 selepas mengalahkan Sears Tower di Amerika Syarikat (AS). Sebelum itu gelaran itu disandang oleh Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York yang menggantikan Empire State Building.
Burj Dubai ini telah pun mengatasi cadangan pencakar-pencakar langit yang dirancang untuk mencabar kedudukan Taipei 101. Ini termasuklah Freedom Tower (Menara Kebebasan) di tapak bekas WTC New York, Pusat Kewangan Shanghai di China dan Fordham Spire di Chicago, AS yang bakal menjadi struktur paling tinggi di Amerika Utara yang kini disandang oleh CN Tower, Toronto di Kanada.
Burj Dubai juga bakal mengatasi CN Tower.
Arkitek utama Burj Dubai ialah Adrian Smith dari firma Skidmore, Owings and Merrill di Chicago. Firma ini turut mereka bentuk Sears Tower di Chicago dan Freedom Tower New York itu.
Apabila siap kelak, sebagai kebanggaan dunia Islam, maka Burj Dubai boleh dikatakan bakal menebus kedudukan Menara Berkembar Petronas yang telah dirampas oleh Taipei 101.
Bagaimanapun, kelima-lima menara yang dianggap sebagai simbol tamadun manusia zaman Revolusi Industri ini boleh dianggap sebagai manifestasi pencapaian manusia dalam usaha teknologi dan kejuruteraan. Bukan itu saja, ia juga melambangkan kejayaan dalam sistem politik dan ekonomi yang membolehkan struktur sebegitu dapat dibina.
Kalau struktur-struktur zaman purba seperti Piramid di Mesir dan Tembok Besar China mewakili pencapaian kejuruteraan binaan zaman silam, pencakar-pencakar langit abad ke-20 dan ke-21 mewakili dunia yang telah melalui zaman sains, teknologi dan industri.
Kelima-lima pencakar langit itu meliputi bangunan Empire State di New York, WTC New York, Sears Tower di Chicago, Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Taipei 101 di Taiwan dan Burj Dubai yang sedang dibina ini.
Antara kelima-lima pencakar langit itu, WTC sudah tidak ada apabila ia runtuh dalam serangan peristiwa 11 September. Bangunan yang direka bentuk oleh arkitek Amerika berketurunan Jepun, Minoru Yamasaki merupakan menara berkembar berbentuk pencakar langit.
Sebagai bangunan tertinggi dunia, ia dikalahkan oleh Sears Tower Chicago yang direka bentuk oleh arkitek Bruce Garaham dan jurutera struktur Amerika berketurunan Bangladesh, Fazlur Khan; kedua-duanya dari firma Skidmore, Owings and Merrill.
Mencapai
Kini, hanya Menara Berkembar Petronas yang merupakan menara berkembar di kalangan pencakar-pencakar langit yang mencapai kedudukan bangunan tertinggi dunia. Maka ia masih menjadi menara berkembar tertinggi di dunia.
Jadi antara kelima-lima pencakar langit tertinggi dunia itu, tiga berada di luar AS iaitu Menara Berkembar Petronas, Taipei 101 dan Burj Dubai yang sedang dibina. Dari satu segi, Menara Berkembar Petronas merupakan pencakar langit tertinggi dunia yang pertama berada di luar AS. Maka ia merupakan pelopor dalam kategori ini.
Apa yang membolehkan bangunan-bangunan tinggi dapat dibina ialah penemuan elektrik, penciptaan motor elektrik dan lif. Ciptaan-ciptaan ini berlaku di AS, dan tidak hairanlah pembinaan bangunan-bangunan tinggi bermula di AS.
Teknologi bagi membina pencakar langit pula berasaskan kepada penggunaan besi dan keluli. Ia juga bermula dan dikembangkan di AS.
Kejuruteraan dan teknologi abad ke-19 yang banyak menggunakan besi dan keluli walaupun dipelopori di England dan diikuti oleh Jerman, tetapi disempurnakan di AS.
Besi dan keluli inilah yang membolehkan pembinaan alat-alat pengangkutan besar yang mencorak peta tamadun manusia. Daripada kereta api yang dapat merentasi benua Amerika Utara hinggalah kepada kapal-kapal besar seperti Titanic dan akhirnya membawa kepada pembangunan industri kereta, bermula di Jerman tetapi disempurnakan sebagai industri bagi pasaran massa oleh Henry Ford di AS.
Kesemua kemajuan ini tidak dapat dicapai tanpa penggunaan meluas manfaat daripada tenaga elektrik. Penciptaan lampu elektrik oleh Thomas Edison membolehkan industri berkembang hingga mendatangkan kekayaan kepada AS. Elektrik membolehkan penciptaan telegraf yang mampu menyampaikan maklumat secara laju dan meluas menyumbang kepada perkembangan kapitalisme.
Maka elektriklah yang membolehkan penciptaan lif hingga membawa kepada pembinaan bangunan tinggi dan perkembangan New York sebagai kota padat bagi mencorakkan ekonomi sejagat.
Untuk menghubungkan New York dengan tempat-tempat lain, maka mereka bukan saja memerlukan kereta api tetapi juga kereta. Kuasa yang menjadi penggerak kepada sistem ini ialah minyak.
Untungnya AS, mereka menemui minyak di California dan Texas. Syarikat minyak AS, Caltex yang merupakan kependekan perkataan California dan Texas melambangkan punca asal tamadun berasaskan minyak ini. Syarikat minyak yang lagi satu, Standard Oil, kependekannya S.O., dipermudahkan menjadi Esso; begitu juga dengan Exxon dan Mobil.
Minyak membolehkan kekayaan diwujudkan di AS, dan merekalah akhirnya membawa kepada kemunculan pencakar langit bangunan Empires State, WTC New York dan Sears Tower Chicago.
Tetapi minyak di AS tidak mencukupi. Emas hitam ini dicari di seluruh dunia. Maka ditemuinya di Asia Barat dan di lain-lain tempat termasuk di Malaysia.
Negara ini juga mendapat manfaat daripada kekayaan minyak melalui syarikatnya sendiri iaitu Petronas. Maka pembinaan Menara Berkembar Petronas adalah juga manifestasi kemakmuran yang diperoleh daripada minyak.
Pembangunan ekonomi di Asia Timur juga berasaskan kepada minyak walaupun Jepun sebagai pelopornya selepas Perang Dunia Kedua tidak memiliki bahan mentah itu. Negara itu mengimport minyak dari Asia Barat, Asia Tenggara dan daripada pelbagai sumber.
Kemakmuran dari Jepun ini berkembang ke Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara pada tahun 70-an sebelum China membuka ekonominya.
Tetapi apabila China bangkit, dan ia juga mempunyai minyaknya sendiri, maka masa depan rantau ini semakin cerah. Justeru, pembinaan Taipei 101 ini mewakili kebangkitan baru Asia.
Dengan pembinaan Burj Dubai, ia melengkapkan simbol kebangkitan baru Asia yang meliputi Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Barat. Taipei 101, Menara Berkembar Petronas dan Burj Dubai mewakili rantau masing-masing.
Selain daripada mereka mewakili satu tamadun yang juga berasaskan minyak, Menara Berkembar Petronas dan Burj Dubai menampilkan sisi kemakmuran dunia Islam.
Dunia Islam bukan semata-mata mengenai kesengsaraan di Iraq, Palestin dan Afghanistan. Tetapi juga memiliki kemakmuran seperti di Dubai dan Kuala Lumpur.
Maka Burj Dubai merupakan penanda baru bagi dunia abad ke-21 apabila ia siap pada tahun 2008 kelak.